CEBISAN KATA PENGARAH




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada surfer-surfer internet yang berkunjung ke laman web blog DINT Cheng Ho. Selamat datang saya ucapkan kepada anda semua. Tujuan menulis ini bukanlah untuk membuka ruang kepada diri sendiri supaya mendapat sedikit publisiti murahan tetapi ingin berkongsi sedikit maklumat dan informasi kepada anda semua ahli jawatankuasa dan juga bakal peserta program DINT Cheng Ho. DINT Cheng Ho ini ialah lanjutan daripada program SINT Salahuddin yang telah diadakan pada bulan Mei tahun 2011 yang lalu.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada BHEP UPM kerana meluluskan program ini dengan cepat (hehe), Pusat Islam Universiti atas sumbangan dana, Para penaja seperti GPTD, ILUVISLAM dan ALHIJRAH MEDIA CORP. atas pertolongan yang diberikan, Kelab-kelab yang berkolaborasi dengan kami, Kelab Keusahawanan Uniputra dan Kelab Penggiat Teater Sejagat, Kelab Bimbingan Mahasiswa kerana memberikan kepercayaan penuh untuk menjalankan program ini, Ahli-ahli jawatankuasa (DINTers), dan rakan-rakan yang lain yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung (tak sengaja) dalam menjayakan program ilmiah ini.

Objektif DINT Cheng Ho ini pada pendapat peribadi saya ialah untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai Laksamana Armada Laut Terhebat pada zaman itu. Bagaimana daripada seorang hamba yang yatim piatu dan tidak mempunyai keturunan boleh menggegarkan sejarah tamadun dunia pada masa itu. Sedikit sebanyak tentang beliau dan apakah rahsianya, kita tunggu pada tarikh 1 Oktober nanti. Jadi dengan harga yuran sebanyak RM10 sahaja saya rasa tersangat-sangat berbaloi untuk bakal peserta bayar kerana bakal peserta bukan sahaja dapat mendengar ‘talk’ ataupun mendengar ‘dialog’ malah bakal peserta boleh menggasak ahli-ahli panel kita dengan beberapa soalan yang bakal peserta mungkin sedikit rungsing atau ingin diperdebatkan. Inikan DISKUSI INTELEK. Dan sebagai bonus kepada bakal-bakal peserta yang telah menghadiri DINT Cheng Ho ini, kita semua akan disajikan dengan persembahan teater bertajuk Cheng Ho: Bermulanya Sebuah Epik pada malamnya. Dari situ kita semua akan dapat lebih menghayati bagaimana keadaan kehidupan tokoh ini secara visual. Jadi saya percaya pendekatan seperti ini dapat membantu mahasiswa-mahasiswa lebih mendalami jati diri seorang tokoh yang tersohor ini dan mengaplikasikannya ke dalam diri masing-masing.


Tulisan saya agak straight-forward sebab saya pada dasar realitinya saya tidak pandai menulis blog (gelak sorang2 sikit). Pada mulanya saya mendapat jawatan dan penanggungjawab sebagai seorang pengarah program yang besar ini, saya merasa sedikit ‘blur’ sebab ini ialah program pertama saya dalam seumur hidup saya.

Bermula dengan menyusun strategi pembarisan ahli jawatankuasa, sedikit sebanyak menghasilkan keserabutan di dalam kepala saya kerana dari pemerhatian saya pemilihan ahli jawatankuasa sesebuah program tidak boleh pakai buang atau pun pakai ambil sahaja. Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor kepercayaan daripada saya dan juga komitmen yang tinggi serta boleh melakukan ‘multiple-task’ oleh seseorang yang bergelar DINTer. Jadi saya ucapkan tahniah kepada DINTers yang saya paksa untuk join handle program ini (gelak sorg2 lagi). Perlu saya tegaskan di sini kepada para DINTers, ambillah semua ilmu yang anda semua dapat tak kira dalam hal pengurusan sesebuah majlis mahupun berkenaan tokoh yang kita ingin ketengahkan ini. Hah. Terpanjang pulak perenggan ni. Maaf.

Ok lah. Itu sahaja sireh yang dapat saya kapurkan ini =). Jumpa anda di Panggung Percubaan, UPM. Salam Intelek Salam Ilmu.